http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

Monday, February 18, 2013

Selamat Hari Jadi, Mak

Terima kasih.

Itu la ayat yg harus aku ucapkan dikala mengenang hari ini. Bukan ingin menonjol, tidak terlintas untuk 'show off', tapi sekadar luahan ikhlas yg terbit dari lubuk hati buat seorang insan yg digelar, ibu. 2 patah perkataan yg kadang kala sukar diluahkan pabila duduk bersama. Maaf, atas kekhilafan anakmu ini mak.

Let me introduce who actually i refered to 'mak' as in my life. Che su binti Mohd Desa nama diberi, dikurniakan tiga orang lelaki yg punya banyak kerenah. Sebab ni la mak kata dalam hatinya sejak berkurun dulu, yg dia harus buat semua kerja kat rumah kerana anak-anak dia tak mungkin mampu buat kerja rumah. Yup, harus diakui sampai sekarang pun ktorg 3 beradik masih dilayan bak 'putera raja'. Baju ktorg dibasuh, bilik ktorg dikemas, baju ktorg dilipat & digosok bila nak keluar, perbelanjaan ktorg disediakan bila diperlukan. Tak lupa, makanan mak masak & lepas tu siap panggil lagi suruh makan. Bab makanan pulak, mak tahu je kalau lauk hari tu cam 'kureng' sikit, mesti dia tanya nak makan apa & suruh ayah gi beli, tak pun makan luar terus. But yet, masih ada perkara yg aku kesali kerana dengan semua yg telah mak buat, kami masih tak mampu buat mak lari daripada tangisan kekecewaan. Mak kadang kala menangis sendirian mengenangkan masalah yg berlaku diantara kami, walaupun tidak dizahirkan secara terang-terangan, tapi bagi seorang anak yg telah hidup sekian lama bersamanya, aku tahu semua itu. Mungkin atas sebab itu aku pilih untuk tidak mewujudkan kerana aku tidak punya cara untuk menyelesaikan kesedihan di hati mak.

Orang selalu cakap yg aku ni anak mak atau erti kata lain nya, seseorang yg manja dengan ibunya. Aku tak punya banyak penjelasan mengenai perkara itu, sebab yg aku tahu, kehidupan aku tak akan pernah lengkap tanpa mak. Kpd mereka yg memberi kata pujian atas apa yang aku lakukan terhadap mak, terima kasih untuk itu tapi bagi aku, apa yg aku buat takkan pernah cukup untuk balas apa yg mak dah buat sepanjang hidup aku. Aku pun tak pernah lepas dari ingkar kata-kata mak. Bila tak dengar waktu tu, mesti rasa menyesal beberapa minit kemudian. Itu la yg aku rasa sekarang sebagai seorg anak lelaki yg dah berumur 20 tahun & aku cuba untuk ikut semua kata-kata mak. Tak rugi pun brader kalau kita ikut cakap mak kita...

18 february 2013

Agak sedih & terkilan sebab aku tak dapat nak sambut besday mak sama-sama kat umah. Puncanya, da balik kolej. Grrr... Maaf mak sebab tak mampu nak sediakan sebuah kek yg org selalu ada bila tibanya hari jadi, tak mampu nak hadiahkan barang-barang mahal yg jadi idaman setiap orang, & tak mampu nak sedia kan sebuah kad hari jadi yg penuh dengan ucapan indah. Walaupun mak tak mungkin akan baca entry ni, tapi harap mak tahu yg tulisan ni hadir tanpa dibuat-buat. Ianya hanya nak bagitahu yg D cukup bersyukur ade mak.. Oh ye, lg 1 hadiah, da gunting rambut macam mak nak walaupun tak de la pendek sgt. hee