http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Aku mahu pulang...

Its me, Shafiq.

Sorry, but i'm not happy.
Penggunaan blog sebagai medium utk berbicara aku anggap sebagai 'cara lama aku'. Mengimbas waktu tatkala meningkat dewasa, semua benda atau perkara nak aku kongsikan kepada dunia. Aku rasa puas jika dapat meluahkan perasaan atau pendapat melalui status2 di fb. Ketawa sendirian kalau melihat status atau post-post yg dibuat dulu. Itu ini, begitu begini..

Benar, manusia berubah. Aku turut berubah. Namun, harus diakui aku tersepit di dalam perubahan tersebut. Sedih, gembira, kecewa, teruja... Hanya menyebut beberapa perasaan yg lazimnya berada dlm diri setiap manusia.. Persoalannya, dimana harus aku luahkn atau pada siapa harus aku kongsi semua suka duka?

Hidup di negeri orang sering buat aku termenung sendirian. Benar, Selangor & Perak tidak lah terlalu jauh. Kalau nak balik tiap minggu pun boleh. Tapi kenyataan stereotaip itu aku gelarkan 'Bulls***'. Mudah berbicara tanpa berfikir atau merasainya. Hidupku tidak mewah seperti kalian. Belanjaku hanya sekadar perlu. Tidak mahu menyusahkan keluargaku dengan perkara yang remeh seperti ini. Mak selalu tanya, "Kalau tak de duit bagitahu.. Mak boleh bank-in. Jangan sampai tak makan"...... Maaf, air mata mengalir keluar bila menulis pesanan mak tu.. Dalam setiap call mak akan sebut perkara yg sama. Nadanya sentiasa sama, penuh kerisauan. Tapi aku cukup dewasa utk memikirkan sebab & akibat. "Takpe. Duit ade lagi.". Jawapan mudah yg selalu aku berikan. Menyembunyikn perkara pada zahirnya lebih mudah drpd harus menyusahkn mak & ayah. Mind-set yg telah ada dalam fikiran aku tidak akan aku ubah. If I can't please people, I'm hoping I won't trouble anyone.

Sejak 2/3 hari kebelakangan ni aku rasa sangat lemah. Bukan secara fizikal, tetapi mental. Terasa sangat rindu pada rumah, keluarga, mak ayah.. Mak, D nak balik.. Itu yg aku sering bermonolog di dlm diri aku sendiri. Tidak terluah perkataan tu saat berbicara dgn mak hmpir setiap hari. Tidak mahu menyusah atau menyemakkn fikiran mak dengan perkara yg aku anggap sudah lama berlaku. Ingin aku katakan pada mereka-mereka tetapi fikiran dewasa menyedarkn aku yg dunia tidak akan berminat dengan ceritaku. Kerana ceritaku hanyalah sebuah cerita.

Sering aku 'channel' kan perasaan rindu pada keluarga dengan melihat gmbar2 ank saudara aku yg satu. Umar namanya. Aku punya gmbar sejak dia masih kecil berbaring hingga boleh berdiri. Sering aku ulang-ulang lihat gmbarnya, sekadar utk melepaskan dendam rindu. Si kecil yg tidak tahu apa-apa tu telah mengubah mentaliti aku pada budak-budak. Terfikir utk bermain dgnnya setiap hari jika tiada batasan waktu & jarak.

Kamu, seseorang yg aku fikir boleh mengenaliku. Boleh memahami tingkah laku aku. Boleh menegur di dalam kesilapan yg tidak aku sedari. Orang cakap, kalau nak org faham kita, kita kena la faham org tu dulu.. Benar, aku akuinya. Aku cuba mengenali, cuba memahami & cuba menegurmu tanpa kau sedari. Here is some line from my lyric..

Please be my coffee, I hate the taste of it
Please be my coffee, But i'll take and drink it

I used to say hi, I used to make you smile,
I used to dream big, as big as a container to hold rain,
Wanna hold you close, close enough that you can't go away,
Last night is best dream ever happen in my life,
You fight with others just for me,
Hoping that my mind are strong enough to keep it.
But i'll change my priority, You ain't gonna be my priority,
I give you a lift, You give me a shit.

Pernah aku minati, kini aku rasa basi. Kau ada hal, aku punya hidup sendiri. Terpulang pada kamu utk menilai apa yg aku lakukan. Jika hanya sekadar permainan buatmu, aku berhenti.

"Go, and get a life bro".. Someone used to say that to me back when the last time I try to talk about this. So, i decide to shut my mouth and keep everything down inside. I have no life, coz the people that i cared is far away from me. Nobody can understand it... 

There will b no status, I just want to go home & leave everything behind. I have nothing here.






Monday, February 18, 2013

Selamat Hari Jadi, Mak

Terima kasih.

Itu la ayat yg harus aku ucapkan dikala mengenang hari ini. Bukan ingin menonjol, tidak terlintas untuk 'show off', tapi sekadar luahan ikhlas yg terbit dari lubuk hati buat seorang insan yg digelar, ibu. 2 patah perkataan yg kadang kala sukar diluahkan pabila duduk bersama. Maaf, atas kekhilafan anakmu ini mak.

Let me introduce who actually i refered to 'mak' as in my life. Che su binti Mohd Desa nama diberi, dikurniakan tiga orang lelaki yg punya banyak kerenah. Sebab ni la mak kata dalam hatinya sejak berkurun dulu, yg dia harus buat semua kerja kat rumah kerana anak-anak dia tak mungkin mampu buat kerja rumah. Yup, harus diakui sampai sekarang pun ktorg 3 beradik masih dilayan bak 'putera raja'. Baju ktorg dibasuh, bilik ktorg dikemas, baju ktorg dilipat & digosok bila nak keluar, perbelanjaan ktorg disediakan bila diperlukan. Tak lupa, makanan mak masak & lepas tu siap panggil lagi suruh makan. Bab makanan pulak, mak tahu je kalau lauk hari tu cam 'kureng' sikit, mesti dia tanya nak makan apa & suruh ayah gi beli, tak pun makan luar terus. But yet, masih ada perkara yg aku kesali kerana dengan semua yg telah mak buat, kami masih tak mampu buat mak lari daripada tangisan kekecewaan. Mak kadang kala menangis sendirian mengenangkan masalah yg berlaku diantara kami, walaupun tidak dizahirkan secara terang-terangan, tapi bagi seorang anak yg telah hidup sekian lama bersamanya, aku tahu semua itu. Mungkin atas sebab itu aku pilih untuk tidak mewujudkan kerana aku tidak punya cara untuk menyelesaikan kesedihan di hati mak.

Orang selalu cakap yg aku ni anak mak atau erti kata lain nya, seseorang yg manja dengan ibunya. Aku tak punya banyak penjelasan mengenai perkara itu, sebab yg aku tahu, kehidupan aku tak akan pernah lengkap tanpa mak. Kpd mereka yg memberi kata pujian atas apa yang aku lakukan terhadap mak, terima kasih untuk itu tapi bagi aku, apa yg aku buat takkan pernah cukup untuk balas apa yg mak dah buat sepanjang hidup aku. Aku pun tak pernah lepas dari ingkar kata-kata mak. Bila tak dengar waktu tu, mesti rasa menyesal beberapa minit kemudian. Itu la yg aku rasa sekarang sebagai seorg anak lelaki yg dah berumur 20 tahun & aku cuba untuk ikut semua kata-kata mak. Tak rugi pun brader kalau kita ikut cakap mak kita...

18 february 2013

Agak sedih & terkilan sebab aku tak dapat nak sambut besday mak sama-sama kat umah. Puncanya, da balik kolej. Grrr... Maaf mak sebab tak mampu nak sediakan sebuah kek yg org selalu ada bila tibanya hari jadi, tak mampu nak hadiahkan barang-barang mahal yg jadi idaman setiap orang, & tak mampu nak sedia kan sebuah kad hari jadi yg penuh dengan ucapan indah. Walaupun mak tak mungkin akan baca entry ni, tapi harap mak tahu yg tulisan ni hadir tanpa dibuat-buat. Ianya hanya nak bagitahu yg D cukup bersyukur ade mak.. Oh ye, lg 1 hadiah, da gunting rambut macam mak nak walaupun tak de la pendek sgt. hee


Monday, August 27, 2012

Raya Oh Raya !

Haa.. Lupa pulak, "Assalamualaikum..!"

Knock, Knock, Knock! Raya datang lagi uolls!

Tahun ni 2012, mmberikan pengalaman raya yg baru lagi. Utk pengetahuan (kalau nak tahu la) saudara-saudari sekalian, stiap kali tibanya hari raya aidilfitri, kami satu family akan berkumpul & raya dekat umah je. Puncanye? Disebabkan kawasan rumah aku adalah kampung, jadi ianya bagai pusat tumpuan cousins utk datang beraya sejak berkurun lamanya..

Mereka-mereka selalunya akan datang sehari/dua hari sebelum raya & tido dekat umah kami. Bila raya je mesti fullhouse. Nak mandi pun kena amek no dulu. Hee.. Tahun ni pun tak terkecuali. Cuma kali ni, diorg tak datang awal. Aku tido malam raya tu cuma dgn family je, tapi bila bangun rumah da mula dipenuhi. Haha. Nasib baik mak kejutkan awl pagi tu suruh mandi, kalau tak..

Siap-siap memakai persalinan hari raya, jamah hidangan pagi tu. Seperti biasa, ada ketupat pulut yang menjadi kebiasaan & kekal mnjadi menu favourite 'setahun sekali'. Pastu gi la solat sunat aidilfitri. Tahun lepas aku & abg aku smpai je masjid, org da nak habis solat. Tahun ni nasib sempat. Hehe. Balik je dari masjid, mak ngah da siap-siap nak gerak ke umah sepupu yg lain. Jadi tinggallah kami sekeluarga. Lepas tu tetamu mula la datang berkunjung. Sesi fotografi pun ada tahun ni. Siap gambar jiran pun amek sekali. Ye la, bila lagi nak dapat berkumpul macam tu kan. Da habis tetamu, baru dapat peluang nak beraya dgn mak & ayah, sama jugak dgn sesi mintak maaf dgn mak & ayah. =)

Petang tu, giliran mak tam pulak nak datang. Diorg memang da janji nak dtg tahun ni, sebab tahun lepas diorg tak dapat datang. Malam tu diorg bermalam kat sini. Tiba-tiba, mak long pun call ckp nak datang singgah serta tido kat umah kami. Wahh.. Meriah suasana malam tu. Dengan sepupu serta anak saudara yg main bunga api. Baru la rasa cam hari raya. Hee

Raya kedua, Jalan-Jalan Cari Makan! Tahun ni, kami sekeluarga (termasuk nayung n kak wanna) serta mak tam sekeluarga nak pergi makan angin ke kelantan. Punca dia, sebab keluarga kak wanna ada buat kenduri. Jadi kiteorg follow la plus boley jalan-jalan kat sana. Hotel semua mak tam da tempah siap-siap. Pagi tu, lepas je mak long ngan ank-ank dia balik, kteorg pun gerak la ke kelantan. Perghh! Dduk dalam keta dari pukul 10 pagi smpai 9 malam, jammed punya pasal. Da berkali-kali tertido dalam keta pun tak smpai-smpai lagi. Haha.

Hari yg seterusnya, bangun pagi-pagi pergi sarapan. Makan free, melantak je la puas-puas. Hehe. Lepas tu rehat jap jalan-jalan dekat mall sebelah hotel sementara nak tunggu makan kenduri. Nak siap-siap pergi kenduri, baru sedar yg seluar tertinggal satu. Spoil mood nak gi kenduri je.. Huhu. Luckily sempat lagi pergi mall sebelah & beli seluar. Kalau tak, mesti masam je muka aku kat kenduri tu nanti. Heee.. Lepas makan kenduri, singgap kejap kedai jual jersi Kelantan F.A. Org kedai tu pun terkejut bila aku ngan abg-abg aku semangat nak beli jersi kelantan. Smpai harga pun dia kira murah, semangat punya pasal. Haha

Bila mak, mak tam & ayh decide nak pergi Pasar Siti Khadijah petang, aku ngan cousins pergi KB mall naik teksi. Pusing-pusing dkat sana ingatkn nak main bowling, tapi tak jadi sebab ramai orang. Kteorg balik hotel jalan kaki sebab dekat je pun. Malam tu, Kak Yan dgn Mona da excited semacam sebab da janji nak pergi swimming. Aku ngan abg aku follow je la walaupun tak tahu berenang. Aku pergi sana main-main air je la yg mampu. Gaya swimming, tapi kaki je yg gerak. Haha. Lepas mandi, kteorg pergi mcd pulak sebab ada yg mengadu lapar. Pergi mcd pun nak kena pkai google map, hujan lebat + tak tahu jalan punya pasal. Smpai je, giler ramai orang. Dari budak kecik smpai la ke org tua lepak kat situ. Makan-makan, borak-borak smpai la 12 lebih. Kak Yan dgn Mona pun da mula mengantok. (fact : jgn tgk kalau aku tengah makan mcd, sbb ianya sgt hodoh)

Hari last kat kelantan. Awl-awal pagi mak da gi Pasar Siti Khadijah nak beli kain sebab pergi smlm dia da tutup. Lepas breakfast, kemas-kemas nak check out. Otw nak balik tu, ktorg singgah jap kat rantau panjang. Jalan-jalan kejap sebab tu tempat harus pergi bila smpai kelantan. Hek2. Sepanjang prjlnan balik, hujan je smpai la ke rumah. Smpai pun da dkat pukul 2 pagi. Esok nya ada nak keluar pulak..

Hang out!

Hari khamis tu, da plan nak keluar tgk wayang dgn kwn-kwn sekelas masa sekolah dulu. Tapi semua yg girls je sbb yg lelaki nya xnak ikut. Drive diorg pergi jusco AEON kat ipoh (baru second time pergi sana). Smpai je terus beli tiket dulu, nak tgk citer "The Expendables 2". Masa nak beli tu, brader tu siap ulang ayt ni dua kali, "adik, nak tgk citer ni kena 18 tahun ke atas." I was like.. -_-"   Ape? Tgk muka aku mcm budak-budak ke? Tunjuk I/C baru tahu.. Grrr..

Tiket da beli, pergi makan dulu. Date aku utk hari tu ialah Yanie. Punca die tak dapat dipastikan tapi maybe sebab tak ada geng lelaki kot. Habis makan, pergi menonton la. Kesian mereka sebab kesejukan dlm wayang tu. Tu la, spe suruh tak bawak sweater. Hehe. Da hbes tgk wayang, solat, teman mereka melaram kat kedai kasut, pastu keluar idea nak main game tukar-tukar hadiah. Lama jugak la nak cari hadiah yg sesuai. Masuk kedai tu, kedai ni, last-last jmpa la jugak.. Habis bli hadiah, solat, pastu keluar nak balik. Sebelum balik, sempat jugak la Yanie belanja baskin robbin. hehe (tapi malang nya xde perisa coklat).

Tukar hadiah dekat dpn mcd sri iskandar. Parking situ, mula la acara tukar-tukar hadiah ni. Undi punya undi, aku dapat Qila punya hadiah. Yg menariknya, dia pun dapat hadiah aku. Kebetulan.. Haha. Jam da kul 7 ptg, tp diorg ckp nak singgah umah wawa kejap sebab da janji nak dtg. Maghrib jugak la baru smpai umah dia. Singgah borak minum kejap je sbb da nak mlm. Tambah-tambah pulak aku bawak anak dara orang ni. Tak kan nak hantar smpai kul 12, nanti ada yg tak dapat masuk umah. Hehe. Mlm tu, Qila, Yah, Pika ngan Mira datang beraya kat umah. Diorg ckp selama 20 tahun hidup, baru 1st time masuk umah aku. Macam la aku pernah masuk umah diorg (kecuali umah pika) Ahahaha..

Sekian, perjalanan raya tahun ni antara yg terbaik aku rasa. Guys, harap next time ada lagi masa utk kita keluar ramai-ramai =)



Family :)

Saturday, December 3, 2011

Kalau aku pergi...

If i die young...?

Yeah, its a song. Bila aku dgr lagu ni tadi, entah knapa rasa nk menulis sesuatu.. Apa akn jadi kalau aku da tiada? Huhhh... Failed to imagine it nicely...

One day, people will die. When it is happen, no one can change it.. Entah lah.. Terasa sesuatu...

Sepanjang hidup, aku sentiasa rasa memerlukan family aku. They are everything. I miss them. I miss every single moment wit them. Kalau aku kat umah, mak mesti panggil suruh aku makan. Berkali-kali smpai la aku gi dapur & mkn. Ayah mesti complain pasal rambut aku yg pnjang & suruh aku gunting kasi pendek. Ayah ckp, rambut pendek baru la nmpak kemas. Kalau nayung balik, mesti kitaorg akn main PES. Mak mesti ajk aku dgn nayung kuar kalau dia balik umah. Nachik pulak mesti kuar mlm & tnya bola start pukul bpe. Bila da bosan, dia ajk la main PES. Mesti aku menang. HAHA.

Waktu pagi, kalau ayah tak belikn mkanan, mak mesti ajk aku gi kedai cik Mun. Walaupun da bosan makan kat situ, tapi mak nak gi jugak. Nak sembang-sembang dgn cik Mun tu sambil makan. Disebabkn nachik selalu bgn lambat, so aku dgn mak je la gi kedai. Lepas balik dari kedai tu, mak mula la dgn 'kerja-kerja' kat umah tu. Tabiat ayah pulak, kalau dapat surat khabar, memang dari muka surat depan smpai la habis dia baca. Berjam jugak la dia baca newspaper tu. 

Mak masak mmg best. Kalau dia buntu nak masak ape, mula la dia tnya kitaorg nk makan ape. Tak pun, gi kedai beli lauk je. Favorite ayah ialah sup. Especially sup tulang. Kalau mak masak sup, lagi berselera la ayah tu. Mak ckp, ayh makan sup macam org nak marah. haha. Nachik bangun lambat, so memang dia selalunya terus makan tgh hari la. Kalau dia mintak mak masak sesuatu, rajin la dia tolong masak. Antara kitaorg 3 org adik bradik, dia la yg boley masak sikit. Aku masak? Menu special aku sentiasa telur cincang kicap. hehehe. Itu je la yg aku tahu.

Kalau nayung kat umah, mak mesti masak nasi lebih sebab dia makan macam org kerja berat je. Pernah sekali tu, dlm sejam dia makan nasi dua kali. Tabiat dia pulak, tak suka makan kat luar. Sebab dia da jemu makan kat kedai. So, mak memang kena masak la kalau dia balik. Tapi tu dulu sebelum dia kahwin. Sekarang dia da kawin, entah la... Tabiat ayah di waktu malam, tido depan tv. Kitaorg smua da biasa la dgn situasi tu bila ayah gi ruang tamu nk tengok tv. Alasan dia, nk tgk citer hindustan. Tapi mostly kalau dia da start baring depan tv tu, dlm 5-10 minit dia da tido. Kadang-kadang mak selalu terkejutkn ayah time dia tidur. Mak suh ayh bangun smbil ckp "Bgn cepat, nk gi da ni". Ayh yg tengah mamai mesti terkejut smbil tnya nak gi mana & suruh kitaorg siap-siap cepat. HAHA.

To u my girl, maybe u're not pretty, not good, ur jokes not funny, u're bad, u're not sweet, but I Love U. Juz u n always be u. I dun care who u're, who u gonna be, i juz care bout u. I hav no one else, i dun play trick wit the others, & i'm trying my best to make u happy. That's all u need to noe. Love u.

Friends, seriously, each & everyone of u are means for me. Tak de korg, mesti aku hidup sorg, forever alone... Bila aku susah korg tolong. Bila aku perlukan korg, korg ade. Thanks a lot. To anyone yg aku pernah buat silap, i juz can say, I'm Sorry. Aku try nk fix kan balik silap aku, but when i try to fix it, it become worse. Yeah, people do mistakes. Juz, kalau benci sgt pun, senyum la kalau ternampak aku. Cakap 'Hye' pun ok ape dari tak cakap langsung. Apologize utk silap aku & tolong bagitahu bila aku buat silap. I am very happy if u can forgive n forget. I'm trying to be nice. Maybe my face expression didn't seem so much of it. Nak buat macam mane, da memang mcm ni. So, don't simply judge by looking at my face cz u might be misunderstood.

If i lost everything; i am nothing. I miss everything i had. Dun want to lose it. If i die, i hope my family are fine & my friends will be blessed wit happiness. Mungkin ini hnya mengarut, tapi... Nvrmine. Forget wut i wrote here cz i'm juz sharing wut i feel for tonite.. Peace yo!

~Never Hate Your Life~

Sunday, September 4, 2011

A year after yesterday..

Haha.. I'm 19!!

Tak sangka, rasa cam cepat je masa 'sweet 18' aku berlalu.. Setahun lalu, banyak bnda yg aku harapkan. Adakah ia tercapai? Jap nk recall.. Erm... Ade la jgak..hehe. Tapi, most of the things still in searching or remain the same. Ape yg aku dapat or capai & bagaimana dgn angka '19' ni..? It remains unknown. HAHA

In a life, we can't always live on the expectation. Yeah, we can make wishes, we put a lot of hopes, but in the end, we juz gonna jump into the same conclusion; WE CAN'T GET EVERYTHING THAT WE WANT... So, I'm learning not to live in the past. Life must go on. No matter wut situation we are, there's no reason to say NO to continue our life. Dun regret wut u're already hav, b thankful of wut u hav achieved. I'm proud of wut i've achieved for the past 19 years. So, i juz can't wait to kick out a new year of mine, which i think is more promising & interesting. Being a 19teen, doesn't mean I'm gonna change who I am. I am I. Nothing will change.

Jika 19 tahun yg lalu aku mula melihat dunia, kini masa untuk aku melangkah dgn lebih jauh di dalam bumi ini.

My wish?
There's only one thing on my mind; to make my parent proud of me & i want to change my family life to a better side as a reward kerana mereka telah bersusah membesarkan aku sejak sekian lama.

Wut i've on 5 September 2011?
Actually, aku da sambut besday awal. Haha. 3 aribln aritu da sambut. Knpa smbut awl? Sbb e2 la ari last abg aku kat umah. So, mlm tu kiteorg decide la nk g mkn kat KFC. Lawak jugak la bila ayah aku yg da bertaun tak makan kat KFC mkn mlm tu. haha. I dun need a cake, i dun need a birthday song, wut i juz need is people who i care & love, always b wit me. It's was a great night when the whole members of family can gather to hav a nice time. Wut else did i hav on this day? of course i've my girl, ALIA. She's part of my life for a long, long time.. I love her cz she always b by my side when i need her all the time. She noe i can trust her. Thanks my dear sbb jadi seorg yg sgt penyabar dgn my attitude. Yeah, we do hav a lot series of fight between us, but nothing can deny our feeling. So, I love u & no doubt bout that. =)

In the whole, i guess, nothing to worry this coming year as long as i've the people that i need around me.
My Friends, My Girl, and of course, My Family~

Sunday, May 8, 2011

Tribute to my mum...

Hari ini adalah hari ibu.. Walaupun ada sesetengah pendapat yg mengatakn kita tidak sepatutnya menyambut hari ini, tapi bagi aku, hari ini tetap hari yg istimewa. Kerana bagi aku, walau sibuk mane pun kita dlm setahun tu, mst kena ada gak 1 hari juz utk meraikan insan2 yg digelar ibu/ emak/ mama/ mummy atau pun panggilan yg mmpunyai maksud yg same. So, tulisan kali ni di tujukan khas utk mak aku...=)

Perkara yg mmbuatkn aku rasa bertuah mmpunyai seorang mak..

1. Mak aku akn masak almost hari-hari walaupun dia sendiri ckp yg dia da jemu msk. Yela, kalau mak tak msk, confirm kebulur satu rumah..hehe

2. Kalau da msk tu, confirm kiteorg akn mkn same2. Tapi, aku ni kalau kat rumah, payah sikit nak datang dapur & ambik pinggan mkn nasi. So, berbekalkn suara mak yg kuat tu, mak mesti akan jerit dari dapur sampai ke ruang tamu (tmpt slalu aku lepak).. "Cikkkk ! Makan !" .. Selagi aku tak dtg dapur g mkn, slagi tu la mak ulang jerit nama aku dari dapur tu.hehehe.. Kadang-kadang, aku da lepas mkn pun mak panggil g mkn lagi. =D

3. BERSELERAK. Sesuatu yg mak aku tak kan pernah suka. So, almost hari-hari mak aku akn kemas rumah supaya nmpak kemas & selesa. Mak aku pernah ckp, " Biar rumah kita tak besar & cantik macam rumah org, tapi mak nak rumah ni sentiasa kemas. Tak de berselerak macam stor." Dari sapu sampah sampai la basuh baju, semua mak aku buat sorg-sorg. Pendek kata, hampir semua keje kat rumah tu mak aku buat sorg-sorg. huhu.. Kadang-kadang aku sian tengok mak sorg-sorg kemas rumah tu. So, kadang-kadang tu aku tlg la ape-ape yg patut. hehe.. Tapi kalau bab basuh pinggan tu, mak aku tak bape percaya nk suruh aku basuh. Bukan sebab takut pinggan pecah ke ape, tapi sebab taknak basah lenjun dapur tu nanti aku wat keje.. =D

4. Walaupun ayah & abg aku g kje, tapi mak aku yg control "ekonomi" rumah tu. Hampir semua benda, mak aku la yg decide supaya beli ke tak. Sebab mak aku seorg pemikir yg sgt hebat. Contoh, ada 1 benda yg kiteorg nk beli n kiteorg fikir tak kan effect ape-ape. Tapi, mak akn fikir dalam-dalam sama ada benda tu patut beli atau pun tak. Kalau tak beli masa tu pun, lain kali boleh beli jugak. Kata mak la.. Kiteorg bkn la dari keluarga yg "senang", so, ape-ape pun kena la jimat cermat. Mak pernah ckp, " kalau harapkn korg yg jaga semua duit, 10 hari dlm sebulan je kita bley makan nasi.." Hahahahaha...

5. Mak la tempat aku ngan abg-abg aku mngadu. Apa-apa masalah mesti mak akn tlg selesaikn walaupun kiteorg kadang-kadang tak cite pape pun kat mak. Naluri ibu, tak de sape bley lawan.. Huhu. Mak aku sorg yg bley di ajak bergurau. So, kalau kat rumah tu, aku slalu gurau-gurau ngan mak. Lagi best kalau kiteorg 1 family dpt lepak sama-sama. Riuh rendah 1 rumah. Ayh aku pun join sekaki. Hehehe.. Tapi sian, aku kat kolej ni, mak tinggal sorg-sorg kat rumah. Ayah aku kadang-kadang tido kat pejabat dia je, abg aku yg no 2 tu plak asyik kuar rumah je.. Huhu. Kalau da sunyi sgt tinggal sorg tu, msti mak aku akn tepon aku.

6. Mak sangat sabar ngan perangai kiteorg. Dari abg-abg aku sampai la perangai aku. Macam-macam. Walaupun mak kadang-kadang marah, tapi tak pernah dia lupa utk msk bagi ank-ank dia ni mkn. Walau sakit mana pun hati dia masa tu, mak tak pernah sampai hati tengok ank-ank dia lapar tak mkn. Mesti mak g jugak dapur tu, msk ape yg ada, pastu panggil kiteorg mkn bila da siap masak. Bagi aku, itu salah 1 kasih sayang yg mak tunjukkn kat kiteorg walaupun kadang-kadang kiteorg tak sedar benda tu...

7. Mak slalu mengeluh yg dia sakit kaki. Mesti dia suruh abg tak pun aku. Walaupun favourite mak utk bab urut kaki ni abg aku (sebab mak ckp dia urut kuat sikit dari aku), aku tetap try urut kaki mak tu sebaik mungkin. Yela, satu hari suntuk mak sibuk wat kerja rumah, takkan nk urut dia sekejap tak boley kn?

Mak, walau pun D tau kadang-kadang D tak ikut cakap mak, tapi harap mak tau yg D sayangkn mak... Terlalu sukar utk diucapkn perkataan 'sayang' tu depan-depan, tapi dlm hati, hanya Tuhan yg tahu betapa besarnya sayang D kat mak.. U r everything to me. If I is a car, u r the oil that used to generate the car.. Without u, i can do nothing... 
I LOVE YOU MORE THAN ANYBODY ELSE....