Knock, Knock, Knock! Raya datang lagi uolls!
Tahun ni 2012, mmberikan pengalaman raya yg baru lagi. Utk pengetahuan (kalau nak tahu la) saudara-saudari sekalian, stiap kali tibanya hari raya aidilfitri, kami satu family akan berkumpul & raya dekat umah je. Puncanye? Disebabkan kawasan rumah aku adalah kampung, jadi ianya bagai pusat tumpuan cousins utk datang beraya sejak berkurun lamanya..
Mereka-mereka selalunya akan datang sehari/dua hari sebelum raya & tido dekat umah kami. Bila raya je mesti fullhouse. Nak mandi pun kena amek no dulu. Hee.. Tahun ni pun tak terkecuali. Cuma kali ni, diorg tak datang awal. Aku tido malam raya tu cuma dgn family je, tapi bila bangun rumah da mula dipenuhi. Haha. Nasib baik mak kejutkan awl pagi tu suruh mandi, kalau tak..
Siap-siap memakai persalinan hari raya, jamah hidangan pagi tu. Seperti biasa, ada ketupat pulut yang menjadi kebiasaan & kekal mnjadi menu favourite 'setahun sekali'. Pastu gi la solat sunat aidilfitri. Tahun lepas aku & abg aku smpai je masjid, org da nak habis solat. Tahun ni nasib sempat. Hehe. Balik je dari masjid, mak ngah da siap-siap nak gerak ke umah sepupu yg lain. Jadi tinggallah kami sekeluarga. Lepas tu tetamu mula la datang berkunjung. Sesi fotografi pun ada tahun ni. Siap gambar jiran pun amek sekali. Ye la, bila lagi nak dapat berkumpul macam tu kan. Da habis tetamu, baru dapat peluang nak beraya dgn mak & ayah, sama jugak dgn sesi mintak maaf dgn mak & ayah. =)
Petang tu, giliran mak tam pulak nak datang. Diorg memang da janji nak dtg tahun ni, sebab tahun lepas diorg tak dapat datang. Malam tu diorg bermalam kat sini. Tiba-tiba, mak long pun call ckp nak datang singgah serta tido kat umah kami. Wahh.. Meriah suasana malam tu. Dengan sepupu serta anak saudara yg main bunga api. Baru la rasa cam hari raya. Hee
Raya kedua, Jalan-Jalan Cari Makan! Tahun ni, kami sekeluarga (termasuk nayung n kak wanna) serta mak tam sekeluarga nak pergi makan angin ke kelantan. Punca dia, sebab keluarga kak wanna ada buat kenduri. Jadi kiteorg follow la plus boley jalan-jalan kat sana. Hotel semua mak tam da tempah siap-siap. Pagi tu, lepas je mak long ngan ank-ank dia balik, kteorg pun gerak la ke kelantan. Perghh! Dduk dalam keta dari pukul 10 pagi smpai 9 malam, jammed punya pasal. Da berkali-kali tertido dalam keta pun tak smpai-smpai lagi. Haha.
Hari yg seterusnya, bangun pagi-pagi pergi sarapan. Makan free, melantak je la puas-puas. Hehe. Lepas tu rehat jap jalan-jalan dekat mall sebelah hotel sementara nak tunggu makan kenduri. Nak siap-siap pergi kenduri, baru sedar yg seluar tertinggal satu. Spoil mood nak gi kenduri je.. Huhu. Luckily sempat lagi pergi mall sebelah & beli seluar. Kalau tak, mesti masam je muka aku kat kenduri tu nanti. Heee.. Lepas makan kenduri, singgap kejap kedai jual jersi Kelantan F.A. Org kedai tu pun terkejut bila aku ngan abg-abg aku semangat nak beli jersi kelantan. Smpai harga pun dia kira murah, semangat punya pasal. Haha
Bila mak, mak tam & ayh decide nak pergi Pasar Siti Khadijah petang, aku ngan cousins pergi KB mall naik teksi. Pusing-pusing dkat sana ingatkn nak main bowling, tapi tak jadi sebab ramai orang. Kteorg balik hotel jalan kaki sebab dekat je pun. Malam tu, Kak Yan dgn Mona da excited semacam sebab da janji nak pergi swimming. Aku ngan abg aku follow je la walaupun tak tahu berenang. Aku pergi sana main-main air je la yg mampu. Gaya swimming, tapi kaki je yg gerak. Haha. Lepas mandi, kteorg pergi mcd pulak sebab ada yg mengadu lapar. Pergi mcd pun nak kena pkai google map, hujan lebat + tak tahu jalan punya pasal. Smpai je, giler ramai orang. Dari budak kecik smpai la ke org tua lepak kat situ. Makan-makan, borak-borak smpai la 12 lebih. Kak Yan dgn Mona pun da mula mengantok. (fact : jgn tgk kalau aku tengah makan mcd, sbb ianya sgt hodoh)
Hari last kat kelantan. Awl-awal pagi mak da gi Pasar Siti Khadijah nak beli kain sebab pergi smlm dia da tutup. Lepas breakfast, kemas-kemas nak check out. Otw nak balik tu, ktorg singgah jap kat rantau panjang. Jalan-jalan kejap sebab tu tempat harus pergi bila smpai kelantan. Hek2. Sepanjang prjlnan balik, hujan je smpai la ke rumah. Smpai pun da dkat pukul 2 pagi. Esok nya ada nak keluar pulak..
Hang out!
Hari khamis tu, da plan nak keluar tgk wayang dgn kwn-kwn sekelas masa sekolah dulu. Tapi semua yg girls je sbb yg lelaki nya xnak ikut. Drive diorg pergi jusco AEON kat ipoh (baru second time pergi sana). Smpai je terus beli tiket dulu, nak tgk citer "The Expendables 2". Masa nak beli tu, brader tu siap ulang ayt ni dua kali, "adik, nak tgk citer ni kena 18 tahun ke atas." I was like.. -_-" Ape? Tgk muka aku mcm budak-budak ke? Tunjuk I/C baru tahu.. Grrr..
Tiket da beli, pergi makan dulu. Date aku utk hari tu ialah Yanie. Punca die tak dapat dipastikan tapi maybe sebab tak ada geng lelaki kot. Habis makan, pergi menonton la. Kesian mereka sebab kesejukan dlm wayang tu. Tu la, spe suruh tak bawak sweater. Hehe. Da hbes tgk wayang, solat, teman mereka melaram kat kedai kasut, pastu keluar idea nak main game tukar-tukar hadiah. Lama jugak la nak cari hadiah yg sesuai. Masuk kedai tu, kedai ni, last-last jmpa la jugak.. Habis bli hadiah, solat, pastu keluar nak balik. Sebelum balik, sempat jugak la Yanie belanja baskin robbin. hehe (tapi malang nya xde perisa coklat).
Tukar hadiah dekat dpn mcd sri iskandar. Parking situ, mula la acara tukar-tukar hadiah ni. Undi punya undi, aku dapat Qila punya hadiah. Yg menariknya, dia pun dapat hadiah aku. Kebetulan.. Haha. Jam da kul 7 ptg, tp diorg ckp nak singgah umah wawa kejap sebab da janji nak dtg. Maghrib jugak la baru smpai umah dia. Singgah borak minum kejap je sbb da nak mlm. Tambah-tambah pulak aku bawak anak dara orang ni. Tak kan nak hantar smpai kul 12, nanti ada yg tak dapat masuk umah. Hehe. Mlm tu, Qila, Yah, Pika ngan Mira datang beraya kat umah. Diorg ckp selama 20 tahun hidup, baru 1st time masuk umah aku. Macam la aku pernah masuk umah diorg (kecuali umah pika) Ahahaha..
Sekian, perjalanan raya tahun ni antara yg terbaik aku rasa. Guys, harap next time ada lagi masa utk kita keluar ramai-ramai =)
Family :) |
Its not bcoz of no guys dear but bcoz im the one who asking u to go out n pity to see u all alone..
ReplyDelete