http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

Saturday, April 21, 2012

Kau ada? : Omputih

"How you do?"

Bagi yg pernah mendengar atau pernah menonton siri cerita 'Friends', pasti mereka masih ingat dengan dialog yg diucapkan oleh Joey(Matt LeBlanc) ini. Joey sering menggunakan frasa ini untuk mendekati seseorg wanita, sehingga ianya menjadi ikutan peminat setia drama popular tersebut. Tempias 'populariti' ayat tersebut sehingga mempengaruhi jejaka-jejaka untuk meniru tatkala ingin mengorat turut diikuti jejaka di Malaysia.

"Hey babe, how you do si cantik?" Haa... Itu yg buat tak best nya. Bila ayat tersebut di 'ROJAK' kan. Tak dinafikan kebanyakkan kita orang melayu, suka mencapur adukkan bahasa inggeris & bahasa melayu (termasuk la aku). Nak kata tidak dapat menguasai bahasa inggeris tak jugak. Mungkin ianya banyak dikaitkan dengat tabiat. Pepatah ada menyebut, alah bisa tegal biasa. Jadi, tak hairan la kalau ianya mempengaruhi percakapan seharian kita jika kita sudah mempraktikkan nya sejak sekian lama.

Walaupun negara kita menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi, namun penguasaan dalam bahasa inggeris sangat diperlukan, khusus dalam perhubungan dengan negara luar. Malangnya, tahap penguasaan bahasa inggeris dikalangan rakyat malaysia masih ditahap yg rendah. Mungkin juga kerana kurang mempraktik nya dalam kehidupan seharian. Tapi, yg bagus nya, kita cuba untuk menggunakan perkataan-perkataan inggeris walaupun tidak beberapa baik. Cuma, tak perlu la melebih-lebih ye adik kakak abang. Sebab kalau terlalu banyak sangat campur aduk nya, serabut jadinya. =)

Satu lagi, tertarik dengan seorang pelawak yg menekan nasihat dalam lawak nya yg berbunyi, "Kalau kita pergi ke negara asing, kita yg terlalu cepat untuk meniru cara mereka. Sebaliknya, mereka tidak pula terpengaruh dengan cara kita bila berkunjung ke sini. Tak de pun diorg balik negara diorg cakap rojak." Tak salah nak speaking rojak omputih. Tepuk dada, tanya selera. =)


Sunday, April 15, 2012

Twitter






Nah.. Tu dia.. Twittaqqq la pulok. Haha. Actually, bru mlm ni create account tu. Terasa agak noob bila dia suruh follow 'org yg dikenali'. 1st impression, menarik sebab bley letak background macam blog. Hee..

Opps,, ini bukan bermaksud nak beralih ke twitter sepenuh masa. Saje suka-suka. Tambahan pula, site tu suruh follow org yg di kenali. Agak 'keseganan' untuk melakukan nye. So, biar je la dia di situ diam-diam. Bukan nya rajin sgt pun nak 'tweet'. Facebook pun tak selalu online sbb tak de ape-ape nak buat.

Akaun twitter ni sama je la macam bukak akaun bank. Bukak byk-byk tak semesti nya selalu berkunjung. Oh yea, masa nak create akaun ni tadi, die suruh letak full name. So, dengan semangat la letak nama penuh aku Mohd Shafiq Bin....(Sbb space tak muat). Timbul sedikit kemusykilan di situ. Bila bukak je profile, terasa seperti dipermainan kan sebab full name tu lebih kurang nama profile utk facebook la. Bukan full name seperti dalam i/c yang dia nak. huhu

Aisyyhh, pape pun 'terdaftar' la akaun bernama "Shafiq Kamarudin" or username(utk ape tak tahu) fiq_manuscript.

*p/s: username sempena nama blog. Hehe

Friday, April 13, 2012

Kau ada? : Kekasih

Kau ada?? Haha. Agak kelakar bila mereka-mereka mengeluarkan ayt sebegini. Nak kata menyindir or bangga diri or menunjuk or hanya gurauan pun tak tahu la. Terpulang kepada individu tersebut bagaimana dia menerima konsep perkataan tersebut. Tepuk dada, tanya la selera adoi ken..

Disebabkan cuti yang hanya dipenuhi dengan aktiviti yang sama je hari-hari, jadi aku mencuba sesuatu yang jarang dilakukan sejak kebelakangan ini. Memilih untuk melakukan penulisan di dalam blog ini, tapi ape yg aku nk bualkan? Mesti memikirkan sesuatu yang baru & tak cepat bosan.. Maka dengan itu, lahirlah "Kau ada?" !

"Kau ada?" merupakan title yg aku pilih untuk menjenamakan semula blog ni. Jika sebelum ini aku juz kluarkan sesuatu entry berdasarkn diri aku sendiri & pengalaman aku sendiri, berbeza dengan "Kau ada?". "Kau ada?" akan mengetengah kan konsep yg agak santai & random. Dalam erti kata lain, suka hati la nak bincang pasal ape. (Ok, ayt mcm nk terbitkan program tv je. Hee)



KEKASIH


Kata orang, isu ni da muak untuk dikongsikan. Tapi, tak kurang juga yg menafikan hal tersebut. Orang kata, indah kalau mempunyai seseorang yg di gelar kekasih. Harus diakui, ada kala nya ianya sangat dipersetujui ramai. Kalau korg ada gf/bf, apa akan korg buat? Ini adalah antara pilihannya:

1. Letak default picture bersama, wall to wall di fb, tweet antara satu sama lain, & tak mmpedulikan org lain smbil berkata, kau ada?

2. Declare status as in a relationship with ..... Pastu malu-malu manja bila org "like" or komen. Bila org kata, "phewwiit/ehem ehem", mesti korg hnya gelak atau buat smiley kn?

3. Cool down. Ayt dkat laman sosial biase je. Bertegur depan public pun jarang, macam tak de pape pun. Padahal, sms & call si dia tiap hari. Tak nak org tahu katanya..Hee

4. Lagak bintang. Depan public nice giler, like couple of the year. Gelak ketawa, makan sama-sama, keluar jalan-jalan.. Padahal belakang, asyik gaduh je. Puncanye, jeles antara satu sama lain. Yela, 'hotstuff' la kata kan..

5. Err...... mana ada...

Sebenarnya, tak salah pun mana-mana pilihan tu. Terpulang kepada individu tersebut, sbb itu lah kenyataan nya zaman sekarang. Ianya da jadi normal. Cuma, kalau boleh, hindarkan la pilihan no 5 tu. Situasi nya selalunya begini, "Eh, kau da couple dgn ...... tu ek?".

Ianya boleh dikatakan satu kesalahan dalam menjaga hubungan korg dgn si dia bila korg jawab "eh, mana ada.."... Tmbah-tmbah pulak kalau dia ada di tempat kejadian. Mungkin niat korg adalah untuk tidak menghebohkan mengenai status korg tu, tapi ianya boleh mendatangkan kesan negative dekat si dia. Seolah-olah korg cuba menafikan siapa dia dgn korg. Melainkan, hal ni da dipersetujui sejak dari awal antara korg berdua. Tak salah pun kalau korg reveal siapa dia dekat kawan-kawan korg smbil berkata 'kau ada?'. Hee....

Ok, dat's all. See ya on da nxt slot.. Peace^_^Y