http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

Saturday, April 21, 2012

Kau ada? : Omputih

"How you do?"

Bagi yg pernah mendengar atau pernah menonton siri cerita 'Friends', pasti mereka masih ingat dengan dialog yg diucapkan oleh Joey(Matt LeBlanc) ini. Joey sering menggunakan frasa ini untuk mendekati seseorg wanita, sehingga ianya menjadi ikutan peminat setia drama popular tersebut. Tempias 'populariti' ayat tersebut sehingga mempengaruhi jejaka-jejaka untuk meniru tatkala ingin mengorat turut diikuti jejaka di Malaysia.

"Hey babe, how you do si cantik?" Haa... Itu yg buat tak best nya. Bila ayat tersebut di 'ROJAK' kan. Tak dinafikan kebanyakkan kita orang melayu, suka mencapur adukkan bahasa inggeris & bahasa melayu (termasuk la aku). Nak kata tidak dapat menguasai bahasa inggeris tak jugak. Mungkin ianya banyak dikaitkan dengat tabiat. Pepatah ada menyebut, alah bisa tegal biasa. Jadi, tak hairan la kalau ianya mempengaruhi percakapan seharian kita jika kita sudah mempraktikkan nya sejak sekian lama.

Walaupun negara kita menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi, namun penguasaan dalam bahasa inggeris sangat diperlukan, khusus dalam perhubungan dengan negara luar. Malangnya, tahap penguasaan bahasa inggeris dikalangan rakyat malaysia masih ditahap yg rendah. Mungkin juga kerana kurang mempraktik nya dalam kehidupan seharian. Tapi, yg bagus nya, kita cuba untuk menggunakan perkataan-perkataan inggeris walaupun tidak beberapa baik. Cuma, tak perlu la melebih-lebih ye adik kakak abang. Sebab kalau terlalu banyak sangat campur aduk nya, serabut jadinya. =)

Satu lagi, tertarik dengan seorang pelawak yg menekan nasihat dalam lawak nya yg berbunyi, "Kalau kita pergi ke negara asing, kita yg terlalu cepat untuk meniru cara mereka. Sebaliknya, mereka tidak pula terpengaruh dengan cara kita bila berkunjung ke sini. Tak de pun diorg balik negara diorg cakap rojak." Tak salah nak speaking rojak omputih. Tepuk dada, tanya selera. =)


No comments:

Post a Comment