http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

Sunday, June 10, 2012

Di hina...

Ur voice, ur words, ur intonation is killing me...

Wow... sedang kita enak berbicara, tiba-tiba kalian melontarkan kata-kata yg menusuk ke ruang hati. Aku terpaku. Aku bingung. Tapi otakku berfikir, perasaan ku bermain-main. Persoalan nya, terlalu hina kah aku ini?

Saudaraku, kata-kata kalian sebenarnya menggambarkan tanggapan kalian terhadapku. Mungkin kamu tidak sedar, melalui ayat yang kamu lontarkan telah melukakan hati seseorang. Ya, aku terasa dihina.

Biarlah aku berterus-terang. Benar, kehidupanku serta keadaan ku tidak semewah kamu. Tidak mampu kiranya untuk memiliki apa yg kamu miliki di dunia ini. Aku juga bukanlah seseorang yg biasa hidup cara 'orang metropolitan'. Poketku juga tidaklah setebal milik mu, sekadar cukup sebagai perbelanjaan ku di negeri orang ini. Aku tidak minta untuk bergaul dengan kalian, tetapi harus di ingatkan bahawa kalian yg minta aku turut serta.

Usahlah risau akan penglibatan aku nanti, tidak akan ku minta walau sedikit apa yg mnjadi milik kalian. Tidak akan aku menagih sebarang simpati kerana aku masih mampu menjaga diriku sendiri. Namun, tidak pula akan ku tolak ihsan kalian kerana menolak pemberian orang adalah tidak baik. Aku hidup berdasarkan prinsip "susah buat cara susah". Tidak terdetik di hati untung menumpang kesenangan orang lain kerana aku tahu asal usul ku. Bukan niat di hati nak mengungkit, tetapi elok rasanya jika kalian memikirkan tatkala 'susah', siapa yg muncul memberi pertolongan.

Saudaraku, jaga lah bait-bait ayat yg kalian lontarkan kerana kata-kata itu mencerminkan keperibadian seseorang itu. Usahlah bimbang, aku tidak menyimpan dendam terhadap kalian.

Always remember where u came from, & never forget who u are...~


No comments:

Post a Comment