http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

Sunday, June 24, 2012

Cuti + main + jalan


Tanah Tinggi Genting..!

Hujung minggu lepas, 16 & 17 Jun, aku dan sepupu pergi bercuti di genting. Sebenarnya, benda ni tak berapa serius pun bila mula-mula rancang hari tu. Entah macam mana, cousins aku sepakat nak pergi jugak ke genting tu. So basically, ni la 1st time aku pergi bercuti dengan diorg tanpa family aku. Sedih jugak sebab keluarga aku tak ikut sama, kan best kalau family aku ada sama-sama masa tu. Huhu

Start cerita.

Pagi sabtu tu, kitaorg gerak dari bangi terus ke genting. Aku tumpang Mak Tam sebab diorg yg offer. Kalau tak, memang harapan la aku nak pergi. Haha. Smpai genting dalam pkul 11 kot.. (excited nak main game). Kiteorg park kereta sebelum puncak sebab da decide nak naik cable car je ke puncak. Serius, sampai je genting memang terasa sejuk nya. Memang menyesal la bagi mereka yg tak bawak sweater pergi sana. Mula-mula, cousin aku da booking apartment Ria. But, ade pulak cerita pasal hantu la, kotor la.. Jadi, kami decide nak cari hotel je. Nak kata unfortunate pun boleh jugak sebab time kiteorg pergi sana tu, Singapore cuti. Jadi, banyak la rombongan cik Kiah dari sana. Most of the hotel is full of customers. Pusing sana sini, turun naik escelator, tanya hotel-hotel. Luckily, there's 2 rooms at Theme Park Hotel. Nasib baik ada jugak tempat nak tido mlm tu. Masuk bilik letak beg, makan kejap pastu apalagi, main la!


Bincang punya bincang, kiteorg decide nak main game indoor je hari tu sementara tunggu 2 org lg cousin aku datang. Walaupun tgh hari, tapi still sejuk. Tiket nak main game indoor RM30 & boleh la main semua game yg ada dlm tu. Tapi, most of the games tu utk budak-budak je. Terasa sedikit bosan dgn pilihan game indoor. Cuma dapat la jugak main roller coaster, kereta langgar-langgar tu (tak ingat nama game tu), & naik kapal utk tgk keadaan sekeliling. Bila da penat, kiteorg decide nak balik ke bilik je la sementara tunggu mereka tu datang. Sampai bilik, rehat saja lah. Pastu makan lagi. Kalau dengan Mak Tam, memang makan saja la. Haha.

Indoor night view
Pukul 9 lebih, mereka itu pun sampai la. Kak Yan dgn Mona da tak sabar nak keluar bilik pergi main bowling. So, lepas Alin & abg Andy makan, kiteorg gerak la ke tempat bowling. Kali ni, Mak Tam pun ikut jugak. Nak merasa jadi org muda balik katanya. Hehe. Sebenarnya da lama aku tak main bowling, jadi ambil masa jugak la nak 'panas'. Tmbah-tmbah pula diorg nak main 1 game je. Nasib baik dapat la jugak 1 strike lepas dicabar oleh Alin utk melakukannya. Baskin Robbins sebagai upah katanya. Habis bowling, ada yg decide nak gi 'karok'. Kalau macam tu, memang aku diam je la kat dlm tu nnt sebab takut ada yg mengalami jangkitan di telinga dengar aku nyanyi. Hehe. Tanya-tanya, tak jadi pulak sebab price yg die letak terlalu mahal dari yg biasa. Jadi nak buat apa ni? Masing-masing keluar ayat tu. Jalan-jalan je la melihat kedai-kedai yg da nak tutup tu.

Lepas Mak Tam naik bilik, kami lima bersaudara putuskan nak keluar ambil angin malam. Air & makanan pun da dibeli. Jalan la mencari tempat yg bagus utk duduk makan sambil menghirup udara dingin Genting. Jalan punya jalan, sampai la ke satu tempat depan Hotel Genting. Lepak situ kejap, bual-bual, makan serta minum. Suda bosan di situ, kiteorg pun balik la ke bilik. Yg perempuan nya sibuk la nak cuci make-up la ape la. Aku dgn abg Andy lebih berminat utk tido je.

Bangun !

Hari baru yg panjang baru nak bermula. Serius sejuk + malas nak pergi mandi. Alin ckp die tak boleh nak tido sebab byk gangguan bunyi & pergerakan. Haha. Lepas bersiap semua, beg pun da kemas, kiteorg turun ke lobi utk pergi makan. Apa perasaan korang bila tengok nasi lemak + ayam berharga RM10.50? Haha. Nak kata sedap sangat, biasa je. Walaupun org lain yg bayarkan, tapi still 1 harga yg melampau utk satu nasi lemak. Da kenyang, masa untuk melakukan aktiviti yg di nanti-nanti. Beratur nak beli tiket, tapi dinasihatkan oleh cashier supaya tunggu dulu sebab pagi tu kabus terlalu tebal. Kalau mcm tu, most of the game akan dihentikan. Jadi kiteorg pergi theme park balik sebab Alin nak cari seluar. Kalau perempuan da shopping, paham-paham je la. Masuk 1 kedai pun lama.

Berita baik. Kabus da kurang & rasanya da boleh main game outdoor. Lepas beli tiket, terus masuk. Bergambar dulu sebagai kenangan (tapi malang sebab banyak gambar dekat kamera Kak Yan). Jalan sikit, nampak tempat main game guna token. Hadiah dapat teddy, bergantung kepada tempat yg kiteorg dapat. Game pancing itik, failed. Sorg pun tak dapat nak pancing itik yg betul. Bengang tak dapat pape, kiteorg naik kapal yang swing ke kiri kanan tu. Tak takut pun sebab die tak swing sampai ke atas, just ke kiri & kanan je. Habis tu, jalan sikit sampai tempat game token lagi. Kali ni game tembak-tembak pulak. Mona & abg Andy je yg main. 1st try, masing-masing failed. 2nd try, Yeah! Mona succeed jatuhkan semua pin melalui tembakan nya. Prize die, dapat la jugak teddy yg die nak sgt tu. Tapi die decide nak kasi dekat Alin sebab die da ada teddy & takut teddy die yg kat umah tu merajuk. =D

Set a target
Yeah!



Space Shooter
Kak Yan, Alin n Mona nak main Go-Kart. Aku dengan abg Andy tak nak sebab bosan melihat kereta yg slow + beratur panjang. Sementara diorg pergi main tu, abg Andy suggest aku pergi main game yg aku nak sgt main dari semalam, Space Shooter! Waaa... Serius, benda paling best yg pernah aku main! Disebabkan game tu tak ramai yg berani nak main, jadi cepat je la aku dapat que utk naik. Masa mula naik, teringat ayt seperti "pernah ada org mati naik bnda ni. Cuma tak masuk paper je" serta "kalau 1 tong gas tu pecah, habes semua jatuh terhempas". Gua tak peduli ape lu cakap brader. Gua mesti try jugak benda alah ni. Kental je hati semasa pegang safety belt die. Mula die naik, steady. Sampai la puncak die stop & berbunyi. Bila da sampai atas, tak nampak langsung kat bawah sebab kabus yg sgt tebal. Mungkin bnda tu mengurangkn rasa takut. Tenggggggg! Berdesup die turun tanpa isyarat! Serius, tak de sape yg jerit time tu. Aku rasa mcm badan aku terangkat sikit sebab tekanan udara yg kuat. Bila da smpai bawah, ramai yg tak expect die akan tolak ke atas lagi sekali. Tapi time tu la baru org mula jerit seronok! Haha. Die tolak, turun, tolak, turun sampai la ke bawah. No words better to describe it than AWESOME! Rasa nak naik lagi la lepas turun tu, tapi sebab org da ramai beratur je. Waaa... Lepas jugak hajat nak main benda yg ramai org tak nak main tu. =D


Tak habis beratur lagi? Mereka yg nak main go-kart tu tak habis beratur lagi walaupun aku da habis main space shooter. Aiyooo.. Berapa lama nak tunggu daa.. Dekat sejam setengah diaorg beratur, baru dapat main. Main pulak sekejap je. Rancangan berikutnya, nak main corkscrew. Tapi tengok org yg beraturnya da mcm sardin, tergendala la pulak. Jadi, kami bersaudara pun berjalan la ke tempat permainan bot air. Game ni menggunakan bot air yg berenjin. Objektif die lebih kurang sama je dengan masa aku main game kereta indoor tu, langgar-langgar antara satu sama lain. Beza nya kali ni, kiteorg yg akn control speed. Tak ingat berapa lama game tu, but aku terasa sgt letih control bot tu selepas melanggar mereka yg berada di dalam tu. Bosan menunggu kiteorg main, Alin & abg Andy pergi makan lagi. Alin ckp, die makan sikit tapi banyak kali. Selesai game tu, kiteorg beralih ke game bot kayuh pulak. Kali ni tiada masa, tiada objektif; cuma bersiar-siar menaiki bot kayuh sampai penat. Aku naik dgn Mona; Kak Yan dengan Alin & abg Andy sekali lagi hanya jadi pemerhati walaupun dia yg bayar tiket. Bosan katanya sebab da selalu datang dengan member dia.



Permainan terakhir utk percutian ini adalah buaiyan pusing atau The Spinner. Benda ni akn memusingkn korg 360 darjah utk beberapa pusingan beserta kelajuan tinggi dan height yg berbeza. 2 kali kiteorg naik benda ni, da macam kanak-kanak ribena jadinya. Hehe. Habis permainan, singgah sebentar di Baskin Robbins. Aku dengan Alin je yg nak makan ice-cream waktu tu. Mona pulak, dipaksa habiskan pisang goreng berharga RM5 utk 3 ketul. Die beli 6 ketul = RM10, tapi semua sejuk! HAHA. Last-last, die buang jugak. =D

Aktiviti terakhir adalah bergambar sebagai kenangan. Maklum la, tak tahu bila lagi dapat jumpa macam tu. Alin dengan abg Andy leave dari situ sebab diaorg park kereta dekat-dekat hotel. Aku, Kak Yan & Mona berjalan ke tempat Mak Tam & Pak Tam menunggu. Beratur naik kereta cable utk balik.

Sekian la percutian kali ini yg memberi satu lagi pengalaman berharga kepada aku. Two days at Genting will always b in our heart. Till next time, we will meet again guys =)

Kak Yan, Alin, Mona

No comments:

Post a Comment