http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

Sunday, November 4, 2012

Tweet-blog

Serius da 2 bulan tak hasilkan entry baru. Damn, miss september & oktober.. Sori sebab ada yang tnya nape tak post pape since ogos. Alasan dia adalah bz, malas, idea tak dapat dizahirkan & keyboard lappy rosak. Haha. Susah nak menaip kalau asyik kena pkai on screen keyboard je. Sighh..

Kalau tak salah, blog ni di 'create' bulan november 2010. Means, da 2 taun da. Waa..! Impressive dgn diri sendiri yg masih jaga blog walaupun ramai yg da tinggalkan blogger (angkat bakul sendiri pulak). Tapi, bukan nak cerita kisah lama la kali ni. Bosan dgn citer lama da..

Gud luck SPM!

Ok, tu pun tak da kena mengena. Hee.. Sebenarnya, nak kongsi pasal lagu jerk. Sekarang ni asyik layan lagu korea je, tak tahu la kenapa. Tambah2 lagu background ni. Mungkin da mula terpengaruh kot. Haha. Tapi, tak la semua layan. Cuma yg aku kenal penyanyi dia je cam Kim Jong Kook, Leessang, Bing Bang.. Penyanyi wanita or girls group tak berape kenal. Tapi takde la asyik ulang lagu korea je. Lagu lain pun ade jugak. So ni la #20laguyangakusukadengarsekarang :

1. One Man - Kim Jong Kook

2. You're The Answer To A Man Like Me - Leessang

3. Fading Flower - Yuna

4. Come Back To Me - Kim Jong Kook ft. Gary

5. Cuba Teka - Tasha Manshahar

6. Sahabat - Najwa Latif

7. Laskar Pelangi - Nidji

8. Remembrance - Leessang

9. Fantastic Baby - Bing Bang

10. I Stalk Your Profile - Jazz Hayat

11. Don't Be Nice To Me - Kim Jong Kook

12. That xx - G-Dragon

13. Rossa - Haha

14. I'm Not Laughing - Leessang

15. Blue(cover) - Sungha Jung

16. The Woman I love - Jason Mraz

17. Rest Of My Life - Bruno Mars

18. Bawaku Pergi - Kaka ft. Zizan

19. Pokok - Meet Uncle Hussain ft. Hazama

20. Stereo Hearts(cover) - Tasha Manshahar

p/s: Kalau nk dengar lagu background, pastikan line tenet tak lembab cam siput sebab kali ni pkai autoload lagu. @leois_fiq

Monday, August 27, 2012

Raya Oh Raya !

Haa.. Lupa pulak, "Assalamualaikum..!"

Knock, Knock, Knock! Raya datang lagi uolls!

Tahun ni 2012, mmberikan pengalaman raya yg baru lagi. Utk pengetahuan (kalau nak tahu la) saudara-saudari sekalian, stiap kali tibanya hari raya aidilfitri, kami satu family akan berkumpul & raya dekat umah je. Puncanye? Disebabkan kawasan rumah aku adalah kampung, jadi ianya bagai pusat tumpuan cousins utk datang beraya sejak berkurun lamanya..

Mereka-mereka selalunya akan datang sehari/dua hari sebelum raya & tido dekat umah kami. Bila raya je mesti fullhouse. Nak mandi pun kena amek no dulu. Hee.. Tahun ni pun tak terkecuali. Cuma kali ni, diorg tak datang awal. Aku tido malam raya tu cuma dgn family je, tapi bila bangun rumah da mula dipenuhi. Haha. Nasib baik mak kejutkan awl pagi tu suruh mandi, kalau tak..

Siap-siap memakai persalinan hari raya, jamah hidangan pagi tu. Seperti biasa, ada ketupat pulut yang menjadi kebiasaan & kekal mnjadi menu favourite 'setahun sekali'. Pastu gi la solat sunat aidilfitri. Tahun lepas aku & abg aku smpai je masjid, org da nak habis solat. Tahun ni nasib sempat. Hehe. Balik je dari masjid, mak ngah da siap-siap nak gerak ke umah sepupu yg lain. Jadi tinggallah kami sekeluarga. Lepas tu tetamu mula la datang berkunjung. Sesi fotografi pun ada tahun ni. Siap gambar jiran pun amek sekali. Ye la, bila lagi nak dapat berkumpul macam tu kan. Da habis tetamu, baru dapat peluang nak beraya dgn mak & ayah, sama jugak dgn sesi mintak maaf dgn mak & ayah. =)

Petang tu, giliran mak tam pulak nak datang. Diorg memang da janji nak dtg tahun ni, sebab tahun lepas diorg tak dapat datang. Malam tu diorg bermalam kat sini. Tiba-tiba, mak long pun call ckp nak datang singgah serta tido kat umah kami. Wahh.. Meriah suasana malam tu. Dengan sepupu serta anak saudara yg main bunga api. Baru la rasa cam hari raya. Hee

Raya kedua, Jalan-Jalan Cari Makan! Tahun ni, kami sekeluarga (termasuk nayung n kak wanna) serta mak tam sekeluarga nak pergi makan angin ke kelantan. Punca dia, sebab keluarga kak wanna ada buat kenduri. Jadi kiteorg follow la plus boley jalan-jalan kat sana. Hotel semua mak tam da tempah siap-siap. Pagi tu, lepas je mak long ngan ank-ank dia balik, kteorg pun gerak la ke kelantan. Perghh! Dduk dalam keta dari pukul 10 pagi smpai 9 malam, jammed punya pasal. Da berkali-kali tertido dalam keta pun tak smpai-smpai lagi. Haha.

Hari yg seterusnya, bangun pagi-pagi pergi sarapan. Makan free, melantak je la puas-puas. Hehe. Lepas tu rehat jap jalan-jalan dekat mall sebelah hotel sementara nak tunggu makan kenduri. Nak siap-siap pergi kenduri, baru sedar yg seluar tertinggal satu. Spoil mood nak gi kenduri je.. Huhu. Luckily sempat lagi pergi mall sebelah & beli seluar. Kalau tak, mesti masam je muka aku kat kenduri tu nanti. Heee.. Lepas makan kenduri, singgap kejap kedai jual jersi Kelantan F.A. Org kedai tu pun terkejut bila aku ngan abg-abg aku semangat nak beli jersi kelantan. Smpai harga pun dia kira murah, semangat punya pasal. Haha

Bila mak, mak tam & ayh decide nak pergi Pasar Siti Khadijah petang, aku ngan cousins pergi KB mall naik teksi. Pusing-pusing dkat sana ingatkn nak main bowling, tapi tak jadi sebab ramai orang. Kteorg balik hotel jalan kaki sebab dekat je pun. Malam tu, Kak Yan dgn Mona da excited semacam sebab da janji nak pergi swimming. Aku ngan abg aku follow je la walaupun tak tahu berenang. Aku pergi sana main-main air je la yg mampu. Gaya swimming, tapi kaki je yg gerak. Haha. Lepas mandi, kteorg pergi mcd pulak sebab ada yg mengadu lapar. Pergi mcd pun nak kena pkai google map, hujan lebat + tak tahu jalan punya pasal. Smpai je, giler ramai orang. Dari budak kecik smpai la ke org tua lepak kat situ. Makan-makan, borak-borak smpai la 12 lebih. Kak Yan dgn Mona pun da mula mengantok. (fact : jgn tgk kalau aku tengah makan mcd, sbb ianya sgt hodoh)

Hari last kat kelantan. Awl-awal pagi mak da gi Pasar Siti Khadijah nak beli kain sebab pergi smlm dia da tutup. Lepas breakfast, kemas-kemas nak check out. Otw nak balik tu, ktorg singgah jap kat rantau panjang. Jalan-jalan kejap sebab tu tempat harus pergi bila smpai kelantan. Hek2. Sepanjang prjlnan balik, hujan je smpai la ke rumah. Smpai pun da dkat pukul 2 pagi. Esok nya ada nak keluar pulak..

Hang out!

Hari khamis tu, da plan nak keluar tgk wayang dgn kwn-kwn sekelas masa sekolah dulu. Tapi semua yg girls je sbb yg lelaki nya xnak ikut. Drive diorg pergi jusco AEON kat ipoh (baru second time pergi sana). Smpai je terus beli tiket dulu, nak tgk citer "The Expendables 2". Masa nak beli tu, brader tu siap ulang ayt ni dua kali, "adik, nak tgk citer ni kena 18 tahun ke atas." I was like.. -_-"   Ape? Tgk muka aku mcm budak-budak ke? Tunjuk I/C baru tahu.. Grrr..

Tiket da beli, pergi makan dulu. Date aku utk hari tu ialah Yanie. Punca die tak dapat dipastikan tapi maybe sebab tak ada geng lelaki kot. Habis makan, pergi menonton la. Kesian mereka sebab kesejukan dlm wayang tu. Tu la, spe suruh tak bawak sweater. Hehe. Da hbes tgk wayang, solat, teman mereka melaram kat kedai kasut, pastu keluar idea nak main game tukar-tukar hadiah. Lama jugak la nak cari hadiah yg sesuai. Masuk kedai tu, kedai ni, last-last jmpa la jugak.. Habis bli hadiah, solat, pastu keluar nak balik. Sebelum balik, sempat jugak la Yanie belanja baskin robbin. hehe (tapi malang nya xde perisa coklat).

Tukar hadiah dekat dpn mcd sri iskandar. Parking situ, mula la acara tukar-tukar hadiah ni. Undi punya undi, aku dapat Qila punya hadiah. Yg menariknya, dia pun dapat hadiah aku. Kebetulan.. Haha. Jam da kul 7 ptg, tp diorg ckp nak singgah umah wawa kejap sebab da janji nak dtg. Maghrib jugak la baru smpai umah dia. Singgah borak minum kejap je sbb da nak mlm. Tambah-tambah pulak aku bawak anak dara orang ni. Tak kan nak hantar smpai kul 12, nanti ada yg tak dapat masuk umah. Hehe. Mlm tu, Qila, Yah, Pika ngan Mira datang beraya kat umah. Diorg ckp selama 20 tahun hidup, baru 1st time masuk umah aku. Macam la aku pernah masuk umah diorg (kecuali umah pika) Ahahaha..

Sekian, perjalanan raya tahun ni antara yg terbaik aku rasa. Guys, harap next time ada lagi masa utk kita keluar ramai-ramai =)



Family :)

Wednesday, August 15, 2012

~Mahu kamu..

Can I..?

U noe, its uneasy to hold & keep it lightly. Its hard to pretend like nothing when there's 'sumthing'. But, a canoe can't move without water.

It is sad. It is sad when U r so close but yet so far..

Mayb this kind of surprise a bit, but i want u. Waiting for the day to come..




Monday, August 13, 2012

I stalk ur profile

Hey kamu! Sorry but i stalk ur profile  =P

Plez dun b mad, it's 1st time I'm doin it cz there's words dat I can't talk or say it to u..

Frankly, mayb this is the only way to express how i feel..

It would not cause any impact cz I've no bad intention..

But, I ....



Wednesday, July 25, 2012

Ku Tahu Ku AdaMu..

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Tuesday, July 24, 2012

Pertukaran





 ATTENTION..!!!

Salam. Hanya entry yg pendek.

Just nak bgthu (kalau nak tahu la), dlm 2 hari lagi URL blog ni akan ditukar daripada "http://peterpetrelli08.blogspot.com/" kepada "http://leomadrigal.blogspot.com/"

Saje nak kecoh benda remeh ni. Hehe =P








Monday, July 23, 2012