http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

Wednesday, May 4, 2011

Siapakah Engkau..?

Siapakah engkau..? Layakkah kau utk mngutuk aku..? Sedikit persoalan yg aku tinggalkn ini sekadar utk menyatakn sekelumit perasaan aku tika saat ini.. Huhh.. Aku tahu, apa yg engkau coretkn di 'dinding' engkau menunjukkan ketidakpuasan hati kau kepada aku.. Engkau mengadu kepada org yg rapat dgn kau. Aku sentiasa berada pada pihak yg salah. Bukan kah begitu? Mengimbas kembali pertemuan kita di satu mlm yg dingin.. Tidak pernah terfikir akan mindaku mengenai sikap mu yg sebegini rupa. Sungguh, pendapat ku mengenai mu jauh meleset... Aku sangat kecewa dgn sikap mu...

Engkau sering mewawarkn perasaan jelik mu kepada sesetengah org itu. Engkau sering nyatakn, "tak pe lah org buat dekat kita. Satu hari nanti tuhan akn balas.." Pada mulanya, aku mempercayai kata-katamu itu kerana mungkin betulnya fikiran mu ketika itu. Tanpa aku sedar, aku seakan mengikut telunjuk & rentak mu. Mengendahkn sesetengah org yg pernah bersangka buruk kepada mu. Aku menjadi seseorg tidak aku inginkn. Sehingga aku terjaga dari mimpi ku... & aku bertanya kepada jiwaku, "sampai bila harus begini?"..

Tika saat ini, aku berada di kemuncak kegembiraan ku.. Aku memperoleh apa yg boleh mengembirakn hidup ku kembali. Namun, engkau menjadi satu-satunya sebab utk aku berdiam diri. Sebagai seseorg yg engkau kenali, aku cuma ingin menegur sesetengah sikap mu yg pada pndangan ku, tidak molek utk dipertontonkn oleh seseorg yg seperti dirimu.

1. Jgn terlalu cepat bersangka buruk kepada org lain walaupun dia pernah berbuat sesuatu yg kurang menyenangkn hati engkau sebelum ini.
2. Jgn lah engkau mengeluarkn perkataan yg tidak baik kepada seseorg yg engkau kenali, mahupun kepada org tidak pernah engkau kenali. Pastinya engkau tidak mahu di samakan seperti org yg engkau benci bukan? Jgn menafiknnya, kerana aku masih mempunyai nikmat pendengaran..
3. Tidak perlu engkau libatkan masalah engkau & aku dgn org lain, kerana aku tidak pernah menyukai tindakan mu itu.

Maaf jika coretan hati aku ini sedikit melukakan mu. Aku tahu, aku tidak mempunyai sebarang hak untuk menegur mahupun mengubah dirimu. Anggaplah ini sebagai nasihat bagi dirimu. Aku bukan lah org yg sempurna. Mungkin kadang-kala aku tidak seperti apa yg aku katakan. Jika tidak berkenan di hati akan nasihatku ini, kau boleh mengendahkannya. Tiada paksaan di dalam ayat-ayat ku ini. Engkau boleh menyatakn perasaan jelak mu kepada diriku, engkau boleh mengutuk aku, engkau boleh mengeji aku. Kerana engkau yang mencorakkan kehidupanmu... Maaf sekali lagi ku pinta di atas ketelanjuran kata-kataku ini.. Mungkin aku hanya akan berdiam diri, & melihat apa yang akan engkau lakukan.. Kerana aku sangat kecewa......

No comments:

Post a Comment