Bila ia datang, pasti akan membelenggu minda. Sudah pasti, ia datang tanpa amaran atau petunjuk. Bila berhadapan, pelbagai cara dilakukan agar dapat mengatasinya. Runsing tanpa perlu ditonjol. Setiap detik berlalu bagaikan satu putaran roda yg melintasi laluan gelap. Pergolakan perasaan tatkala mengenangkan tindakan yg dibuat. Pasti terbit rasa menyesal di pintu hati disebabkan kealpaan sendiri. Masa depan yg diimpikan kian pudar hanya kerana satu detik yg lalai. Itu lah KESILAPAN..
Apologise...
No comments:
Post a Comment