http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info http://www.smileycodes.info

Sunday, July 15, 2012

Kau ada? : Kata Dulang Paku Serpih

Kau ada? kali ni nk borak mengenai "kata orang, kau yg lebih". Haa.. Tiba-tiba rasa nk menulis pasal ni walaupun esok ade exam. hehe. Sebenarnya, da lama nk keluar kan isu ni, cuma agak keberatan utk menulis. Luckily, hari ni aku 'rajin' sikit.

Saudara-saudari cikeboom cikeboom.. Walaupun topik ni agak subjektif, tapi tak salah rasanye utk aku lontarkan pendapat aku. Isu ni berpunca lebih kurang mcm ni la; Seseorang individu cuba membetulkan org lain sedangkan dirinya sendiri melakukan benda yg sama. Contohnya, objek A mengutuk objek B sebab objek B slalu 'over' dalam tindakan nya. Namun begitu, sama ada sedar atau tidak, objek A jugak 'over' dalam tindakan nya.

Memang la kita semua diajak & dituntut untuk menegur perbuatan org lain yg dirasakan tidak betul. Tapi cuba kita lihat diri sendiri dulu sebelum menegur seseorang itu. Soalkan dalam hati, adakah kita jugak buat apa yg kita suruh orang tu buat? Aku jugak pernah buat silap dalam menegur orang, tapi belajar daripada kesilapan itu cukup baik. Sekurang-kurangnya, lain kali kita lebih berhati-hati bila nak mengutuk individu tersebut. Tak bagus rasanya kalau orang gelarkn kita seperti ketam mengajar anaknya berjalan..


2nd, korang pasti ke apa sebenarnya objektif korang buat mcm tu? Betul-betul pasti niat nak menegur agar seseorang itu berubah ke arah kebaikkan? Atau korang sebenarnya cuma ada perasaan dendam? Ataupun korang just nk orang 'like' status yg korang buat tu? Mintak dijauhkan la ye kalau ada yg selain penyataan yg pertama tu.. Tak kemana pun kalau hidup berdasarkan dendam semata-mata. Lama-lama, korang jugak yg sakit hati. Bila kita da tegur seseorang tu, tapi dia masih tak mahu mendengar, maafkan la dia. Sebab mungkin dia belum dapat menerima apa yg korang cuba sampaikan. Dan berkenaan 'like' tu, ermmm.. tepuk dada tanya selera la.. Takkan buat semua tu cuma utk memenuhkan notification..?

Last but not least, hati-hati dengan bait-bait ayat yg diucapkn. Takut menjadi satu permasalahan kepada orang lain. Kita nak tegur org, tapi kita pulak yg sakitkn hati org tu. Apa cer? Cukup-cukup la dia sorg yg punya sikap mengata org, nanti kita pulak yg terikut-ikut jadi macam dia. Membebel sebab org tu pergi mana-mana pun nak bgthu dekat laman sosial, tapi kita pun buat benda yg sama. Macam mana tu? Haa.. Itu nnti akan dicerita dlm topik "Kau ada? : Gadgets".


Last punya ayt, cermin peribadi sendiri dulu sebelum bagi cermin kepada org lain..

No comments:

Post a Comment